Intro

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, bekerjasama dan tolong menolong dalam menjaga kepentin...

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, bekerjasama dan tolong menolong dalam menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang wang berasaskan konsep tabarru’ (derma) di dalam dana/tabungan yang akan digunakan untuk membantu peserta lain yang di timpa musibah.

Syarikat pengendali Takaful, bertugas menyelia, menjaga, mengurus, mempromosi dana-dana takaful ini bagi memastikan yang ia sentiasa terjaga, berkembang dan menjalankan fungsi nya membantu peserta.

Dalam pada itu, pengedali takaful pula akan melantik ejen-ejen atau wakil sebagai perantara antara peserta dan syarikat dan berfungsi sebagai

  • Membantu peserta memahami fungsi Takaful sebagai salah satu alat kewangan yang terdapat di negara kit
  • Membantu peserta mengenal pasti, memahami  keperluan kewangan dan menyesuaikan dengan pelan takaful yang di tawarkan.
  • Membantu peserta menguruskan akaun takaful yang telah di ambil agar ia sentiasa berkuatkuasa dan boeh di gunakan 
  • Membantu menjalankan proses tuntutan, pembayaran caruman, pengubahsuaian sijil dan macam-macam lagi. 


Tahap kehidupan yang berubah-ubah

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti - Risiko tinggi & pulangan tinggi
Dana Urus - Risiko & pulangan sederhana
Dana Aman - Pulangan lebih rendah dengan risiko yang minima