Intro

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, bekerjasama dan tolong menolong dalam menjaga kepentin...

Kad Perubatan Takaful



PruBSN merupakan Operator Takaful Pertama di Malaysia yang menawarkan Kad Perubatan berlandaskan syariah kepada para peserta takaful. Kad perubatan ini di reka khusus bagi membantu peserta menyelesaikan bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar swasta. Lebih menarik lagi, Kad perubatan ini adalah merupakan satu manfaat tambahan yang boleh di masukkan di dalam akaun Takafulink.

Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut :

  1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM 1,500,000 seumur hidup.
  2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membayar bil dan membuat tuntutan kerana bayaran akan di buat terus kepada hospital.
  3. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 tahun.
  4. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.
  5. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.
  6. Rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.
  7. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.
  8. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).
  9. Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang.
  10. Kos Rawatan penyakit Kanser.
  11. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Kad Perubatan ini mempunyai 4 pilihan pakej seperti berikut :


Ko-Takaful

Kad perubatan ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (amaun yang tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan.
Contoh pengiraan Ko-Takaful adalah seperti berikut :

1- Kes 1 :

  • Jumlah Bil : RM2,000
  • 10% daripada bil = RM200
  • Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.
2- Kes 2 :
  • Jumlah Bil = RM8,000
  • 10% daripada bil = RM800
  • Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM800
  • Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM7,200

3- Kes 3 :

  • Jumlah Bil = RM30,000
  • 10% daripada bill = RM3,000
  • Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000
  • Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM29,000

No comments: