Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut
Penerangan
1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.
2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.
3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan
4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi perseta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.
Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.
Info konsep-konsep dalam takaful, maklumat kewangan dan kerjaya dalam bidang Takaful
Intro
Konsep Takaful
Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, bekerjasama dan tolong menolong dalam menjaga kepentin...
-
Kad Perubatan PruBSN tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takafu...
-
Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan ...
-
Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan ( Investment-linked Takaful ) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment