Sebenarnya, sebelum membeli apa-apa pelan takaful, kita perlu tahu kenapa kita perlu memilikinya. Biasanya bila bercakap tentang takaful, kita akan memikirkan tentang perlindungan dan simpanan. Di sebabkan itu, pada masa sekarang kebanyakan pelan takaful menawarkan kedua-dua ciri tersebut. Namun mungkin sesetengah dari kita terkeliru dengan menganggap pelan takaful ini adalah untuk pelaburan semata-mata.
Perlindungan
Sebenarnya, tujuan utama takaful di wujudkan ialah bagi memberi perlindungan dari segi kewangan apabila berlaku perkara-perkara luar jangkaan seperti berikut :
- Kematian atau Hilang Upaya.
- Penyakit kritikal - Sakit yang mempunyai harapan tipis untuk sembuh sepenuhnya. Sebagai contoh, Kanser, Strok dan Kencing Manis.
- Kemalangan - Kematian, Kecederan dan kecacatan anggota.
- Kematian atau hilang upaya terhadap ibu-bapa atau pasangan.
- Rawatan penyakit dan pembedahan di Hospital.
Semua itu perlu di ambil kita apa bila kita mula mengeluarkan wang hasil titik peluh kita bekerja untuk menyertai pelan takaful. Adalah tidak adil jika kita menyalahkan ajen atau syarikat takaful apabila mereka tidak melayan tuntutan apabila kita di masukkan ke hospital hanya kerana pelan yang kita ambil sebenarnya tidak menyediakan perlindungan bagi tuntutan tersebut. Bagaimana pula boleh tiada?. Ini kerana kita tidak mengetahui (atau tidak mahu ambil tahu!) bahawa pelan yang kita ambil sebenar tidak komprehensif. Pelan yang komprehensif adalah penting kerana ia menyediakan semua jenis perlindungan di dalam 1 akaun. Oleh itu dengan memiliki pelan yang sebegini, kita tidak perlu lagi untuk memikirkan samada pelan yang kita miliki itu boleh membantu kita apabila di perlukan kelak.
Simpanan
Selain perlindungan yang menyeluruh, pelan yang komprehensif juga mempunyai simpanan atau pelaburan bagi masa depan. Namun, apabila kita mengatakan tentang pelan takaful keluarga, sebenarnya perkara utama adalah perlindungan manakala simpanan menjadi agenda kedua. Simpanan dalam takaful mempunyai beberapa tujuan seperti berikut :
- Simpanan tambahan untuk hari tua kelak atau bagi tujuan pendidikan anak-anak.
- Supaya kita masih mendapat semula seluruh atau sebahagian wang yang kita simpan jika tiada membuat apa-apa tuntutan.
- Supaya perlindungan tetap ada walaupun kita telah berhenti daripada membayar sumbangan setiap bulan / tahun selepas bersara nanti.
Kesimpulannya, walaupun anda telah mempunyai pelan takaful, namun ianya belum tentu benar-benar berguna kepada kita!. Pastikan pelan takaful kita ada atau yang akan di ambil adalah komprehensif kerana kita tidak akan tahu bila dan bagaimana ia boleh membantu kita kelak.
Mengetahui tentang pelan yang kita ambil adalah sangat penting kerana jika tidak samalah seperti kereta tanpa wiper, nampak kecil dan remeh, tapi amat menyusahkan apabila hujan....:) - kokon
2 comments:
ui. memang susah siot takde wiper kat cermin kete.
betul tue...memang susah kalau x der wiper time hujan lebat....memang kena lepak tepi jalan ler jawabnyer.....
Post a Comment